Al-Kahf, dari ayat 61~70;
61. Maka
tetakala mereka berdua sampai dipertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan
ikan mereka, maka ikan itu ambil jalan nya menebus kelaut.
62. Maka
tetakala mereka berdua sudah melewati nya, berkatalah ia kepada pelayan nya;
“bawalah makanan kita, sesungguhnya kita telah bertemu kepenatan dari
perjalanan kita ini”.
63. Ia
berkata; “tidak kah engkau fikirkan tetakala kita berlindung dibatu besar itu,
iaitu aku telah lupa akan ikan kita, dan tidak ada yang melupakan daku buat
menyebutnya, melainkan syaitan, lalu ia ambil jalan nya kelaut dengan cara yang
anih”.
64. Ia
berkata; “itulah dia apa yang kita
kehendaki”, lalu dua-dua nya kembali, dengan mengambil jalan waktu datang nya.
65. Lalu
mereka berdua dapati seorang hamba dari hamba-hamba kami yang kami telah beri
kepada nya satu rahmat dari sisi kami, dan kami telah ajar kepada nya satu ilmu
dari sisi kami.
66.
Berkata Musa kepadanya; “boleh kah aku ikut mu, dengan syarat engkau ajarkan
kepada ku sebahagian dari apa yang telah diajarkan kepada mu ?”
67. Ia
berkata; “sesungguhnya engkau tidak akan boleh sabar bersama ku”.
68.
“Kerana bagaimanakah engkau boleh sabar atas sesuatu yang engkau belum liputi
pengetahuan tentangnya ?”
69. Ia
berkata; “engkau nanti dapati akan daku, inshahAllah, orang yang sabar, dan aku
tidak akan derhaka kepada mu dalam urusan apa
sahaja”.
70. Ia
berkata; “maka sekiranya engkau ikut ku, janganlah engkau tanya kepada ku tentang sesuatu,
sebelum aku menceritakan nya kepada mu”.
.
.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/syabasgagal/1
Following Twitter,[] https://sites.google.com/site/syabasgagal/1
[] https://twitter.com/AirLangatGagal/status/698308469716361217
Folowing G+,
[] https://plus.google.com/101302832144905040255/posts/HNciXi4QcUs
.